~ Najwa Yusof ~
watak-watak:
* Nana/ Kim Na Na dilakonkan oleh Moon Geung Young
* Qai dilakonkan oleh Hero Jaejoong [ TVXQ / JYJ ]
* Ji Hyun dilakonkan oleh Nana [ After School ]
* Raina dilakonkan oleh Raina [ After School ]
* Lizzy dilakonkan oleh Lizzy [ After School ]
“Boom!!!!”
Aku Kim Na Na. Teman rapatku sering memanggil aku Nana. Aku mempunyai seorang teman lelaki. Dia seorang yang baik hati dan penyanyang. Kami telah bercinta selama 4 tahun. Kami sangat bahagia. Kami mula bercinta sejak berumur 15 tahun.
“Lama tunggu? Sorry saya lambat. Tadi tengah mengarang lagu tak sedar dah pukul 3.”, katanya sambil duduk di sebelah ku lalu meletakkan beg gitarnya menyandar di kerusi yang kami duduk.
Ini ialah teman lelaki aku,Qai. Dia berkebolehan dalam bermain gitar, mengarang lagu dan menyanyi. Tetapi kebiasaannya lagu yang dikarang olehnya akan aku nyanyikan kerana baginya aku adalah seorang yang paling sesuai untuk menyanyikan lagunya,katanya. Kami tidak pernah bergaduh walau sekalipun sejak hari kami mula bersama. Ramai orang yang mengatakan kami pasangan yang paling secocok sekali.
“ Tak la. Saya pun baru datang.”, jawabku.
“ Jom. Nanti pesta dah habis.”, Qai menarik tangan ku.
“ O..”, aku sekadar mengikut sahaja. Kami pergi ke taman yang berdekatan dengan sekolah kami.
Di taman, ada beberapa pelajar dari sekolah yang terletak bersebelahan dengan sekolah kami membuat kerja amal. Mataku tertarik dengan sesuatu benda yang sangat menarik. Aku segera menarik tangan Qai lalu menuju ketempat itu.
“ Anyong Hasaeyo.. Nan Ji Hyun ipnida. [Nama saya Ji Hyun]. Awak nak try ke? Awak hanya perlu cabut sahaja salah satu kad ni dan saya akan menilik nasib awak. Tapi sebelum itu kamu perlu membayar $6 dulu.
Nak cuba?”, kata pelajar itu.
“ Qai. Jom try. O??”, tanyaku.
“ Tak payahla. Benda ni semua karut. Kita pergi tempat lain ekh”, kata Qai sambil memandang kearahku.
“ Kita cuba je la. O?? Boleh la??”, rayuku pada Qai.
“ Ok la. Biar saya yang cabut.”, jawab Qai.
“ Erm..”, aku tersenyum kerana rayuanku akhirnya berjaya.
Sewaktu Qai mencabut kad itu, aku terpandang wajah pelajar yang menggelar dirinya Ji Hyun itu sangat cemas. Selepas Qai mencabut kad itu, Qai menyerahkan kad itu pada Ji Hyun itu. Ji Hyun melihat gambar pada kad itu. Kad itu menunjukkan gambar seorang lelaki dan seorang perempuan berdiri berjauhan sambil wajah mereka sedih.Wajah Ji Hyun terus bertukar menjadi cemas. Aku dan Qai pandang sesama sendiri kerana pelik dengan eksperesi muka Ji Hyun.
"Kenapa dengan kad tu?”, tanya Qai sambil membuat wajah pelik.
“ X de pape. Kad ini.. Kad ini menunjukkan kamu berdua pasangan yang bahagia dan akan hidup bersama buat selama-lamanya. Aku dan Qai sangat gembira apabila mendengar kata-kata itu.
“ Ini saya hadiahkan bunga ros putih sebagai hadiah kerana kamu berdua pasangan yang sangat serasi.”,kata
Ji Hyun sambil mengeluarkan sapu tangan berwarna merah.
Ji Hyun membuat silap mata lalu mengeluarkan sekuntum bunga ros putih.
” Nah untuk awak. Saya ucapkan tahniah. Terima kasih kerana datang ke tempat kami.”, Ji Hyun menunduk hormat kepada kami.
Aku juga menunduk hormat padanya. Aku dan Qai berlalu dari situ. Aku menoleh kearah Ji Hyun. Aku lihat temannya yang duduk di sebelahnya memarahinya. Tetapi aku tidak dengar apa yang mereka gaduh kan.
“ Kenapa kau tipu, pelajar tadi? Kau kan tahu maksud gambar ni bukan seperti yang bagitahu dia. Maksud gambar ni…”
“ Biarla mereka tidak tahu maksud sebenar kad ni. Mereka sangat bahagia. Biarla mereka bahagia selagi mereka boleh bersama.”, Ji Hyun berkata dengan wajah ditundukkan kebawah.
“ Kau tak patut bagi mereka harapan sedangkan mereka tiada harapan.”, kata temannya.
“ Bukan semua maksud kad ni kita patut bagitahu pelanggan. Kadang-kadang kita terpaksa rahsiakan maksud kad ni pada mereka. Aku yakin mereka akan bahagia. Mungkin kad ni yang salah. Aku pergi toilet sekejap.”, Ji Hyun berlalu dari stu sambil menangis. Temannya memegang kad itu sambil mengeluh.
Aku dan Qai duduk di sebuah bangku yang telah tersedia di taman itu. Aku menghidu bunga ros itu sambil tersenyum.
” Harum.”, sepatah perkataan itu keluar dari mulutku.
Qai merampas bunga itu dari tangan ku. Dia tersenyum. Dia segera melutut di depanku sambil menghulurkan bunga itu.
“ Nana, sudi tak awak judi suri dihati saya sampai bila-bila?”,Tanya Qai.
“ O. Saya sudi.”, aku senyum.
“ Komawo.[Terima kasih.] Saya cintakan awak sepenuh hati saya.”
“ Saya juga. Saya cintakan awak sangat-sangat. Takkan ada lelaki lain yang boleh menggantikan tempat awak dihati saya.”,kataku dengan melemparkan sebuah senyuman yang sangat manis.
Kami berpelukan. Aku bahagia berada didalam pelukan Qai.
3minggu sebelum hari graduation,
“ Nana, saya ada cipta satu lagu baru. Kalau boleh saya nak awak nyanyi lagu ni waktu hari graduation.
Awak nak x?”, tanya Qai.
“ Lagu dia macam mana? Saya nak dengar.”, jawabku. Qai segera memainkan lagu itu.
Lagu itu sangat merdu. Tajuknya ialah ‘Because I’m Weary’. Lagu itu sangat merdu dan menyayat hati.
” Qai, saya akan nyanyi lagu ini waktu hari graduation. But,awak kena janji awak tengok saya buat persembahan.”,kataku.
“ Memangla saya akan tengok awak buat persembahan. Bukan ke kita sama-sama graduate.”, kata Qai sambil membuat wajah pelik.
“ Saya tahu tapi saya tak tahu kenapa saya tak sedap hati dari tadi. “,kataku sambil membuat wajah risau dan memandang kearah langit.
Qai memegang daguku lalu berkata,” Awak jangan risau. Saya janji saya akan tengok awak buat persembahan walau apapun terjadi. Saya janji.Saya cintakan awak sampai bila-bila,Nana.”, kata Qai sambil mencium pipiku.
Aku tersenyum kerana bahagia mempunyai seorang lelaki yang sangat mencintaiku.
Selama 5 hari , aku lebih banyak habiskan masa bersama Qai. Memandangkan kami tidak ada kelas lagi, masa aku selalu dihabiskan melepak dengan teman-temanku dan berlatih dengan Qai.
“ Nana, sejak beberapa hari ni kau selalu habiskan masa dengan Qai. Lepak dengan kitaorang pun dah kurang.”, kata Raina.
“ Sorry la. Aku ada rehearsal menyanyi dengan Qai.”,jawab ku sambil menyuap makanan ke dalam mulut.
“ Kau buat apa rehearsal?”, tanya Lizzy.
“ Qai minta aku nyanyikan lagu dia waktu hari kita graduate nanti.”
“ Kau buat persembahan ke? Wah!! Mesti seronok. Aku nak tengok..”, kata Lizzy keseronokan. “Aku kena pergi dulu. Ada rehearsal. Bye. Jumpa esok.”, Aku segera beredar dari meja yang aku duduk sebentar tadi. Aku segera menuju ke bilik muzik dimana tempat Qai suka duduk pada masa lapang.
“ Hai.”, aku menegur Qai.
“ Hai. Dah makan?Nak?”, tanya Qai sambil mengulurkan sekeping roti kepada ku. Aku menggeleng menandakan tidak mahu.
“ Kenapa awak makan sandwich je. Awak patut makan nasi or something dekat canteen tu.”,leterku kepada Qai.
“ Buang masa je la. Saya patut gunakan masa ni untuk mengarang lagu.”, jawab Qai.
“ Hmm.. Awak..”
“ O?? Kenapa?”, tanya Qai.
“ Esok hari Sabtu kan? Jom pergi picnic. Saya teringin nak keluar picnic dengan awak.”
“Boleh. Saya jemput awak pukul 1 petang.”,jawabnya ringkas. Aku senyum kerana Qai menjawab dengan jawapan yang menggembirakan aku.
Hari picnic,
“Awak bawa apa banyak-banyak ni?”,tanya Qai dengan wajah pelik.
“ Saya masak untuk awak. Ni kan makanan kegemaran awak. Kikimbab, kimchi kobis, telur gulung.”, kataku sambil menghidang diatas tikar yang kami duduk.
“ Kenapa susah bawa makanan ni?”
“ Tak susah la. Awak kan selalu makan makanan Awak sepatutnya selalu makan makanan macam ni.”, leter ku.
Qai hanya tersenyum kerana aku terlalu mengambil berat terhadap dirinya. Selesai makan, aku mengemas. Qai meminta aku baring dia kakinya. Aku hanya turuti. Kami membelek semua gambar yang pernah kami ambil bersama dari kami mula kami bercinta hingga sekarang.
“ I Love You”,kata-kata itu keluar dari bibir Qai lalu menciumku. Aku hanya mendiamkan diri. Kami menikmati hari itu dengan bahagia.
11 hari sebelum hari graduation,
“Hai. Awak ingat saya lagi x?”, Tanya Ji Hyun.
“ Hmm.. Awak tukang tilik tempoh hari kan?”, kata Qai.
“Ya. Tak sangka awak masih ingat saya.”
“ Ada apa awak cari saya?”,tanya Qai kehairanan.
“ Saya nak bagitahu awak sesuatu. Tentang tilikan hari tu.”, kata Ji Hyun sambil wajahnya ditundukkan ke bawah.
“ Kenapa dengan tilikan hari itu?”
“ Saya dah tipu awak dan teman wanita awak.”, kata Ji Hyun sambil menahan air matanya daripada menitis.
“ Apa maksud awak?”, tanya Qai.
“ Seperti yang awak tahu, gambar tu menunjukkan gambar seseorang lelaki dan seorang perempuan duduk berjauhan sambil membuat wajah sedih. Maksud gambar itu tidak sama seperti apa yang saya bagitahu awak dan teman wanita awak tempoh hari.” Qai menunjukkan wajah risau.
“ Maksud gambar tu sebenarnya awak dan teman wanita awak akan berpisah buat selama-lamanya. Awak dan teman wanita awak tidak akan hidup bahagia selam-lamanya.”, akhirnya air mata Ji Hyun mengalir juga. Ji Hyun menangis teresak-esak.
“ Kenapa awak tipu kami? Apa yang awak telah bagitahu kami tempoh hari dan ia membuatkan teman wanita saya sangat gembira.Kenapa bagitahu kami perkara ni sekarang?”, marah Qai.
“ Saya tak berniat nak tipu awak. Awak berdua sangat bahagia. Awak berdua sangat serasi dan sepadan. Tapi kad yang awak ambil memberi jawapan itu. Saya tak sanggup nak bagitahu awak dan teman wanita awak perkara sebenar apabila melihat teman wanita awak sangat bahagia berada disisi awak.Maafkan saya.”
Ji Hyun berlalu dari situ sambil menangis teresak-esak.
Keesokan harinya seperti biasa Qai akan datang ke kelas ku tetapi tidak pada hari ini. Aku menyangka bahawa Qai tidak hadir tapi aku temanku memberitahu bahawa Qai berada di dalam kelasnya. Aku segera menuju ke kelasnya. Aku melihat Qai mendengar mp3 dan memandang ke luar tingkap. Wajahnya menunjukkan bahawa dia sangat sedih dan risaukan tentang sesuatu perkara. Aku pergi ke meja Qai. Apabila Qai melihat aku duduk dihadapannya, Qai mencabut earphone yang sebentar tadi berada di telinganya.
“ Kenapa awak tak datang kelas saya? Saya ingat awak x datang. Nasib baik kawan saya bagitahu awak datang, kalau tidak saya tak tahu awak datang ke sekolah hari ni.”,kata ku sambil memuncungkan bibir ku. Qai hanya mendiamkan diri.
“ Awak sakit ke?”, aku meletakkan tangan ku ke dahinya. Tanpa diduga Qai menepis tangan ku. Aku sangat terperanjat.
“ Qai kenapa ni?”, tanyaku pelik.
“ Mulai sekarang awak tak perlulah ambil berat tentang saya lagi. Mulai sekarang kita putus.”, kata Qai sambil berlalu dari situ.
Aku sangat terperanjat dengan kata-katanya. Fikirku bahawa itu hanya satu guaruan. Tetapi waktu rehat, aku ingin menegurnya tapi dia berpaling muka dari memandang kearahku. Raina dan Lizzy sangat pelik dengan kelakuan Qai. Aku segera lari menuju kearah atas bumbung sekolah. Lizzy dan Raina mengejar ku.
“ Kenapa dengan Qai?”, tanya Raina.
“ Kami dah putus.”, air mata megalir membasahi pipiku.
“ Apa?? Macam mana boleh putus? Korang kan tak pernah gaduh sejak korang mula couple lagi. Macam mana boleh putus?”,tanya Raina.
“ Aku tak tahu.. Pagi tadi kau jumpa dia dekat kelas lepas kau bagitahu dia datang sekolah. Tiba-tiba dia kata dia nak putus tanpa bagi aku alasan. Aku tak tahu apa salah aku.”, aku menangis teresak-esak. Lizzy dan Raina memeluk ku sambil memujuk aku supaya berhenti menangis.
Di rumah Qai,
Qai duduk di meja belajar yang terletak berhampiran dengan balkoni. Dia menulis sesuatu didalam diari miliknya.Tanpa disedari air matanya menitis dan membasahi diarinya. Qai merenung gambarnya bersama Nana yang dihiasi dengan bingkai berbentuk hati. Qai tidak sedar bahawa kakaknya sedang memerhatikan dirinya di balik pintu biliknya.
“Kakak, Qai pergi sekolah dulu.”, Qai mencapai kunci motor dan topi keledar.
“ Qai, akak nak tanya sikit”, kata kakaknya.
“ Qai gaduh dengan Nana ke? Akak x pernah nampak Qai sesedih ni.Muka Qai pun sembab. Qai nangis kan malam tadi?”, tanya kakak nya.
“ Kami dah putus,kak. Qai dan Nana dah x de pape hubungan.”, Qai jawab lemah.
“ Putus?? Macam mana boleh putus? Bukan ke Qai sangat sayang kat dia? Kenapa putus? Nana ke yang minta? Tak mungkin. Nana terlalu sayangkan kaumu. Kenapa? Cuba bagitahu akak?”, tanya kakak Qai. Dia pelik kenapa Qai sanggup putuskan hubungan yang sudah 5 tahun dia bina. “ Kami x de jodoh. Kami juga takkan bersama buat selama-lamanya. Kami tak ditakdirkan bersama. Kami tak boleh hidup bersama walaupun kami saling mencintai.”, jawab Qai sambil menahan air matanya supaya tidak menitis di depan kakaknya.
“ Hmm.. Terserahlah pada Qai. Tak guna akak bagi nasihat kalau Qai dah buat keputusan sampai ke tahap tu.Hati-hati bawa motor.”
Qai berlalu lalu menuju ke motor sport miliknya yang dihadiahi oleh ayahnya pada hari jadinya yang 17 tahun. Hari ni Qai terpaksa pergi ke sekolahnya menggunakan jalan yang agak jauh dari sekolahnya. Jalan raya yang biasa digunakan sekarang ditutup kerana kerja baik pulih. Jalan raya yang digunakan sekarang adalah jalan yang agak berbahaya. Kebiasaanya kemalangan pasti akan berlaku kerana jalan rayanya agak licin. Ketika Qai sedang menyusuri jalan raya itu, ada sebuah kereta yang dipandu oleh orang mabuk . Akibatnya, pemandu tadi melanggar motor yang dipandu oleh Qai dan menyebabkan Qai terbabas lalu melanggar tepi jalan raya.
Sudah pukul 10:30 pagi, tapi aku masih tidak terserempak dengan Qai. Aku mencari didalam kelasnya tetapi dia tiada. Didalam bilik muzik juga tiada.Aku tanya semua rakan-rakannya kenapa Qai tidak hadir ke sekolah tetapi semua rakannya mengatakan bahawa mereka tidak tahu kenapa Qai tidak hadir. Aku menelefon telefon bimbitnya, seseorang menjawab panggilan itu tetapi bukan Qai. Seorang perempuan. Aku kenal suara itu. Itu suara kakak kesayangan Qai. Kakak yang sering memanjakan Qai dari kecil lagi. Kakak yang sering membantu aku dalam hubungan kami. Jantungku berdegup kencang. Tiba-tiba kakak Qai berkata sambil suarnya seperti seorang yang sedang menangis,
“ Ni Nana ke??”, tanya kakaknya.
“ Ya. Ni Nana.Eonni,Qai mana? Dia tak datang sekolah ke hari ni?.”
“ Qai.... Dia terlibat dalam kemalangan jalan raya. Dia cedera parah.Dia sekarang dekat hospital dekat dengan rumah kami.”
Telefon bimbit ku tanpa disedari terjatuh ke lantai. Raina,Lizzy dan semua pelajar yang berada di dalam kelas itu terperanjat dengan kelakuan aku. “Kenapa ni Nana?”, tanya Raina. Aku menutup mulutku sambil menangis teresak-esak. Aku menangis tanpa henti. Hanya satu perkataan sahaja yang keluar dari mulutku,
“ Qai..”
“Kenapa dengan Qai,Nana?”, tanya Raina.
Semua pelajar yang berada dalam kelas itu cemas memandangku.
“ Qai accident. Dia cedera parah.”, aku tidak berhenti menangis.
Satu kelas terperanjat dengan kenyataan yang keluar dari mulutku. Aku segera berlari menuju ke hospital. Tiba sahaja di hospital,aku segera menuju ke bilik ICU.Aku melihat ahli keluarga Qai sedang menangis. Aku segera berlari ke tempat itu.
“Eonni.”
“Nana.... ”,kakak Qai menegur aku.
Tiba-tiba seorang dokotor diiringi beberapa orang jururawat keluar dari bilik ICU itu.
“ Doktor macam mana dengan anak saya?”, tanya seorang perempuan yang agak berumur. Dia adalah ibu Qai.
“ Maafkan saya. Anak puan tak dapat diselamatkan. Dia mengalami pendarahan yang banyak dikepalanya. Tulang kakinya juga patah teruk akibat hentakan kuat daripada motornya yang menghempap kakinya. Maafkan kami. Kami telah cuba sedaya upaya. Maafkan kami.”, kata doktor itu lalu pergi meninggalkan kami.
Jantungku bagai terhenti mendengar kata-kata doktor sebentar tadi.Tanpa disedari aku pengsan. Aku terasa seperti seseorang menyambutku.Aku yakin orang yang menyambutku bukan dari ahli keuarga Qai kerana mereka semua sedang menangis di kerusi yang terletak dihadapan bilik ICU dimana Qai dibedah. Aku tidak pasti siapakah dia tetapi sebelum mataku tertutup aku sempat melihat bahawa orang itu mempunyai wajah yang sama seperti Qai tetapi wajahnya muram,pucat dan sedih memandang wajahku. Mataku tertutup.
Mayat Qai telah selamat dikebumikan. Aku tak sangka bahawa Qai akan pergi sebelum melihat persembahan aku di hari Graduation. Dia pergi sebelum kami graduate bersama-sama. Itulah impian kami. Menamatkan zaman persekolah bersama-sama.Tapi sekarang,Qai dah tiada. Selama-lamanya. Yang tinggal kini hanya kenangan aku bersama Qai selama 5 tahun ni. Bagaimana kehidupan aku selepas ni? Sebelum ni aku bergantung hidup pada Qai. Dia la insan yag menyerikan hari-hari aku.
“ Nana, janganlah nangis lagi. Mari makan sikit.”, pujuk Raina.
“ Qai.. Qai..”, aku menangis dihadapan gambar Qai yang disediakan didalam majlis pengebumian itu.
Gambar Qai tersenyum gembira. Senyuman itu yang selalu Qai berikan padaku sebelum ni. Senyum gembira yang selalu membawa kebahagian dalam hubungan kami.
“ Makan la sikit. Muka kau pucat sangat. Dari semalam kau x makan. Dah la kau tak henti-henti nangis dari semalam. Makan la sikit.”, pujuk Lizzy pula.
“ Aku tak nak makan. Korang pergilah makan. Aku nak tunggu disini.”, kataku.
Raina dan Lizzy pergi meninggalkan aku disitu.
“ Raina,Lizzy, Nana masih x nak makan ke?”, tanya kakak Qai.
“ Dae,eonni.[Ya,akak].Kami dah pujuk tapi dia tetap duduk disitu dan nangis”,kata Lizzy memandang kearahku.
“ Dia lebih sayang Qai dari kami. Walaupun kami ahli keluarganya sendiri tapi kami tidak la sesedih Nana. Ibu bapa kami sudah menerima hakikat. Akak pun cuba untuk menerima hakikat walaupun susah. Cuma Nana. Nana terlampau sayangkan dia. Kamu tahu apa alasan Qai putuskan hubungan dengan Nana?”, tanya kakak Nana pada Raina dan Lizzy.
“ Tak tahu. Kami ada tanya Nana tapi Nana sendiri kata dia tak tahu kenapa Qai putuskan hubungan mereka sedangkan sehari sebelum mereka putus hubungan mereka baik-baik sahaja.”,jawab Raina.
“ Akak pujuk Nana sekejap.”, kakak Qai menuju kearahku lalu duduk disebelahku.
“ Nana. Nana tak patut nangis lagi. Mungkin ada sebab kenapa Qai pergi tinggalkan kita. Eonni sebenarnya dah perasan perubahan Qai sebelum dia kemalangan. Malam sebelum dia accident, dia mengemas biliknya seperti dia ingin pergi ke suatu tempat. Lepas tu dia duduk di balkoni biliknya dan melihat semua gambar-gambar kamu berdua. Kelakuan dia sama seperti orang yang akan tinggal kami buat selama-lamanya. Eonni tak tahu apa sebab dia putus dengan Nana. Mungkin sebab dia dah tahu bahawa dia akan tinggalkan Nana buat selama-lamanya. Dia tak nak buat Nana sedih. Itu yang eonni tahu. Nana kena terima kenyataan bahawa Qai dah tiada. Macam mana kalau Qai ada disini dan melihat Nana menangis dan x makan? Dia mesti sedih kalau nampak Nana macam ni. Nana fikirla yang terbaik umtuk diri Nana. Ni diari-diari dan album-album yang Qai buat khas untuk kamu berdua. Sekarang benda-benda ni semua milik Nana. Qai juga ada kata kalau dia pergi buat selama-lamanya dia suruh bagi Nana gitar kesayangan dia, dan semua lagu gubahan dia. Dia kata semua tu milik Nana selepas dia pergi. Nana ambil la nanti dekat bilik dia. Nana makan ya. Akak pergi dulu”, kakak Qai berlalu dari situ.
Aku bergerak menuju ke bilik Qai. Bilik yang telah dibersih oleh Qai seperti yang diberitahu oleh kakak Qai. Biliknya sangat rapi. Malah bilik itu banya dihiasi dengan gambarku. Di almari baju milik Qai, ditepi katil, di atas meja belajar, di cermin serta di dinding-dinding bilik Qai. Aku menangis. Aku duduk di atas katil Qai. Aku dapat merasakan seperti aku baring bersama Qai seperti keadaan sebelum ni. Aku melihat satu persatu gambar diambil bersama-sama dengan Qai yang disimpan didalam album milik Qai. Selesai melihat gambar, aku membaca diari yang diberi kakak Qai.Aku membaca dari satu muka surat ke satu muka surat. Didalam diari itu banyak perkara Qai tulis tentang dirinya dari 5 tahun dulu hingga sekarang. Qai banyak menceritakan tentang kebolehan dan benda yang paling menarik dalam diriku. Setiap helaian pasti tertulis ‘gadis yang akan kucintai hingga ke akhir hayatku ialah NANA..’. Aku menitiskan air mata. Tiba di helaian terakhir tercatit alasan kenapa dia memutuskan hubungannya dengan ku tempoh hari. Dimuka surat itu juga terletak satu kad gambar seorang lelaki dan seorang perempuan berdiri berjauhan dengan wajah yang sedih. Aku teringat bahawa gambar itu yang Qai cabut ketika mereka menilik nasib hubungan percintaan mereka.
“ HARI INI AKU TELAH MEMUTUSKAN HUBUNGANKU BERSAMA NANA. SEMALAM PEREMPUAN YANG MENILIK HUBUNGAN AKU DENGAN NANA TEMPOH HARI DATANG BERJUMPA DENGAN KU. TEMPOH HARI DIA MENGATAKAN BAHAWA AKU DAN NANA AKAN HIDUP BERSAMA DAN BAHAGIA SELAMA-LAMANYA TETAPI SEBALIKNYA. MAKSUD KAD ITU BUKANLAH KAMI HIDUP BERSAMA DAN BAHAGIA SELAMA-LAMANYA TETAPI KAMI AKAN TERPISAH BUAT SELAMA-LAMANYA. AKU DAN NANA TIDAK AKAN DAPAT BERSAMA DAN BAHAGIA BUAT SELAMA-LAMANYA. AKU TAK SANGGUP UNTUK MELIHAT NANA SEDIH. LEBIH BAIK AKU PUTUSKAN HUBUNGAN KAMI SEKARANG SEBELUM SESUATU BERLAKU DALAM PERHUBUNGAN KAMI. WALAUPUN KAMI DAH TIDAK BERSAMA LAGI, AKU TETAP MENCINTAINYA BUAT SELAMA-LAMANYA. AKU MENCINTAI NANA BUAT SELAMA-LAMANYA KERANA DIALAH WANITA YANG PALING MENARIK DI MATAKU DAN WANITA YANG PALING SEMPURNA YANG PERNAH AKU JUMPA. I LOVE YOU.... SELAMAT TINGGAL MY FOREVER LOVE....”
Disaat itu air mataku mengalir dengan deras dan aku merasakan seperti Qai duduk disebelahku. Aku tertidur dan untuk kali keduanya aku melihat seseorang yang mempunyai wajah yang serupa dengan Qai tetapi keadaanya tidak sama seperti yang aku lihat sebelum ni. Kali ni wajahnya seiras dengan Qai. Dia melemparkan senyuman yang selama ni membuatkan aku jatuh cinta pada Qai. Aku tidur beralaskan tangan Qai yang sangat lembut. Aku tidur dengan nyenyak.
Hari graduation,
“Wah. Cantiknya kau hari ni,Nana. Tak pernah kitaorang lihat kau pakai macam ni.”, puji Lizzy.
“ Kau yakin kau boleh buat persembahan?”, tanya Raina inginkan kepastian kerana dia melihat wajahku seperti orang yang tidak bermaya.
“ Aku boleh. Lagipun aku dah janji dengan Qai yang aku akan nyanyikan lagu dia hari ni.”, jawabku.
“ Tapikan dia dah tak de lagi didunia ni.”, kata Raina.
“ Aku tahu tapi ni janji aku. Aku yakin walaupun dia dah pergi tapi dia tetap akan ada disini tengok persembahan aku. Aku yakin”,kataku dengan penuh keyakinan.
“ Ok la. Kitaorang tengok kau dari bawah. Hwaiting.”,Raina dan Lizzy keluar dari bilik persalinanku. Tibalah giliranku untuk membuat persembahan.
Aku berjalan menuju kearah pentas. Diatas pentas aku duduk diatas kerusi yang telah disediakan dan memegang sebuah gitar. Gitar milik Qai, kekasih hatiku selama 5 tahun ini. Aku melihat Raina dan Lizzy membuat lambang berusaha padaku. Tiba-tiba mataku tertarik pada seseorang yang sangat aku kenali. Qai.. Ya. Lelaki itu ialah Qai. Tapi tak mungkin dia Qai.Hampir 1 minggu Qai pergi meninggalkanku. Siapakah lelaki tu? Lelaki itu telah memberi aku semangat untuk membuat persembahan pada hari itu. Selesai persembahan aku melihat lelaki itu pergi meninggal dewan dimana majlis berlangsung dan menuju kearah bumbung sekolah dimana aku dan Qai sering meluangkan masa bersama-sama. Aku segera berlari meninggalkan pentas dan pergi ke bumbung sekolah. Lelaki itu duduk di bangku yang disediakan. Cara duduk dan tempat dia duduk sama seperti Qai. Tanpa pedulikan keadaan sekeliling aku menegur lelaki itu.
“Qai.”, tegurku.
“ Ya. Saya. Bagus persembahan awak tadi. Awak berjaya lakukan. Saya tahu awak boleh,sayang.”, katanya sambil tersenyum memandang wajahku yang sedang cemas ni.
“ Qai? Qai dah mati seminggu yang lepas. Tak mungkin awak Qai.”,kataku dengan cemas.
“ Saya memang Qai. Saya diberi tempoh 1 minggu dari hari kematian saya untuk berjumpa dengan awak dan melihat persembahan awak. Hari ni hari terakhir saya. Saya gembira sebab awak tunaikan janji awak. Saya juga bahagia sebab dapat perhatikan awak walaupun dari jauh. Saya juga boleh pergi dengan tenang sebab awak dah tahu reason kenapa saya putuskan hubungan kita. Saya tak nak awak sedih. Saya sayangkan awak,Nana. Saya akan jadi langit dan sentiasa memerhatikan awak. Kalau awak rindukan saya awak pandanglah langit. Saya ada disana melihat awak.”,katanya sambil memegang tangan Nana.
“ Saya nak awak tahu saya bahagia sepanjang bersama dengan awak. Awaklah wanita pertama dan terakhir yang akan berada di hati saya sampai bila-bila.”, kata Qai lalu mencium Nana.
Aku menitiskan air mata.
“ Qai.. Saya cintakan awak.. selama-lamanya...”,kata Nana lalu memeluk Qai seerat-eratnya.
Qai membalas pelukan Nana.
“ Nana, saya terpaksa pergi sekarang. Masa saya dah tiba. Janji pada saya awak tidak akan selalu mengalirkan air mata awak. Saya akan sedih bila awak nangis. Saya nak awak bahagia dan tersenyum seperti sebelum ni. Janji awak akan senyum. Walaupun saya tiada di hadapan awak, tapi saya berada di hati awak. Jadi jangan selalu nangis.”, kata Qai sambil meletakkan tangannya di hatiku.
“Sampaikan salam saya pada keluarga saya. Kata pada mereka saya sayangkan mereka sangat-sangat. Dan bagitahu mereka bahawa saya akan melihat mereka dari atas sana.”, kata Qai sambil menunjukkan langit yang cerah itu.
“ Selamat Tinggal,SAYANGKU.. I LOVE YOU....FOREVER.... “ Bayangan Qai sedikit demi sedikit hilang dari pandanganku.
Ini adalah pertemuan terakhir aku dengan Qai. Dengan ini, Qai telah pergi buat selama-lamanya.
“Saya juga cintakan awak Qai.”
2 tahun kemudian,
“ Tahniah,Nana. Nana dah jadi artis terkenal sekarang. Tapi sejak bila Nana pandai gubah lagu?”, tanya kak Ji Hye iaitu kakak Qai.
“ Tak tahu la,kak. Tapi sejak nyanyikan semua lagu gubahan Qai, ia bagi Nana inspirasi untuk gubah lagu. Sejujurnya, Nana dapat rasakan kehadiran Qai bila Nana menggubah lagu. Lagipun nikan impian Qai. Qai tak dapat nak teruskan cita-cita dia. Biar Nana je yang sambung cita-cita dia.”, aku memandang langit sambil tersenyum.
“ Qai, Nana dah jadi artis sekarang. Qai mesti dah tahukan sebab Nana tahu Qai selalu perhatikan Nana. Nana rindukan Qai. Nana akan teruskan cita-cita Qai. Qai adalah sumber inspirasi Nana sampai bila-bila. You’re my forover love and my truth love..” aku bermonolog di dalam hati.
“ Ish!! Termenung lak dia. Jom balik. Penat tau jadi manager Nana ni. Asyik termenung je.”, rungut kak Ji Hye.
Aku sekarang menjadi seorang artis. Aku tinggal di rumah kakak Qai malah bilik Qai sekarang telah menjadi bilik aku..Walaupun ia telah menjadi bilik aku, aku tetap tidak umah walau sedikit pun hiasan dalm bilik tu. Bagiku itulah kenangan Qai. Qai yang sering perhatikan aku di langit. My love......
******TAMAT******
Nana_love14 ^_^v









